A- A A+


Tingkat 5, Blok A, Wisma MUIS, Peti Surat 11666, 88818 Kota Kinabalu,Sabah

Tel: ( 088) 267089 / 267090/267091 Faks: (088) 267093 dan 267094

Thursday, August 24, 2017

Laman Utama

VISI

Untuk  Menjadi Sebuah Organisasi Unggul Dalam Merangka Dasar Mengenai Hal Ehwal Dan Pentadbiran Agama Islam Di Negeri Sabah.

MISI

Menyatukan  Potensi  Umat  Islam  Ke Arah  Pemantapan  Aqidah, Dakwah, Tarbiyah, Syariah, Muamalah Dan Kebudayaan Melalui Pengurusan Cemerlang Untuk Mengangkat  Martabat Ummah Dunia  Dan Akhirat. 

Bangunan MUIS

muis 2BANGUNAN WISMA  MAJLIS UGAMA ISLAM  SABAH

Pembinaan Wisma MUIS diilhamkan pada tahun 1980.

Reka bentuk bangunan yang unik ini diusahakan bersama oleh pihak Majlis Ugama Islam Sabah dengan C. Itoh Nakano Consortium, sebuah syarikat binaan terkemuka di Jepun.

Wisma MUIS terletak di atas kawasan seluas 1.85 hektar yang pembinaannya bermula pada tahun 1982.

Perletakan batu asasnya telah disempurnakan oleh Y.A.B Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia, pada 19 jamadil Akhir 1402 Hijrah, bersamaan 13 April 1982 Masihi.

Kos pembinaannya adalah sebanyak RM 156 juta.

Perasmian Wisma MUIS ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah pada 8 muharam 1411 Hijrah bersamaan 30 Julai 1990 Masihi.

Waktu Solat

Kota Kinabalu - Malaysia

الأربعاء 30 ذو القعدة 1438
Thursday August 24 2017
Fajr 04:57
Chourouk 06:10
Duhr 12:18
Asr 15:30
Maghrib 18:27
Ishaa 19:57
  • Method of Calculation: Umm al-Qura, Makkah
  • Asr Juristic Method: Shafii, Maliki, Hanbali

Mutiara Kata

" Tidak akan masuk neraka orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi daripada iman dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi dari sombong"
(Riwayat Muslim dan Abu Daud"
  
" Tidaklah seorang hamba mencapai hakikat taqwa hingga dia meninggalkan hal-hal yang berseteru dalam hatinya"
(Abdullah Bin Umar)
 
" Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam saja, memuliakan jiran-jirannya, dan hendaklah ia memuliakan tetamunya"
(Sahih Muslim)
 
" Kebersihan itu sebahagian dari keimanan. Membaca Alhamdulillah pahalanya memenuhi timbangan. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. 
(Sahih Muslim)
 
" Tunaikanlah amanah kepada orang yang mengamanahkan kepadamu dan jangan kamu khianati orang yang mengkhianatimu".
(Riwayat Muslim dan Abu Daud)
 
" Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia, dia diberi upah dengan amal itu berupa rezeki di dunia. Adapun orang-orang Mukmin maka pahala kebajikannya disimpan oleh Allah Taala untuk akhirat serta diberi rezeki di dunia berhubung dengan taatnya".
(Sahih Muslim)
 
 
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : " Nabi s.a.w lalu di hadapan seorang Ansar yang sedang mencela saudaranya kerana saudaranya itu pemalu maka sabda Rasulullah s.a.w. kepadanya : Biarkanlah ! Sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman ".
(Sahih Bukhari)